Haw wer u? Heheheheh sajer nak speaking broken manglish ari ni. Tah le tetiba ari ni mengidam nak mkn rambutan le plak. Mana aku nak cari ni????? Bukan musim rambutan lagi ni huhuhuhuhu. Sebut pasal rambutan, aper kiter mengilmiahkan diri kiter yea, jom kiter kenal ngan buah RAMBUTAN. So apa tu rambutan ?
Rambutan (nama botani: Nephelium Lappaceum L.) adalah sejenis pokok buah saka. Rambutan berasal dari selatan China, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka. Ia kini banyak ditanam di Asia Tenggara dan sedikit di Sri Lanka, New Guinea, Australia, Amerika dan Afrika.
Pokok rambutan boleh
ditanam melalui biji benih ataupun melalui cantuman. Biji benih rambutan adalah
jenis rekalsitran. Biji benih rambutan boleh disemai di dalam kotak semaian dan
hendaklah dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 20 x 25 cm apabila mencapai
ketinggian lebih kurang 30 cm. Biji benih juga boleh disemai terus ke dalam
polibeg. Rambutan juga biasanya dibiak dengan cara cantuman. Cantuman mata
tunas sebaik-baiknya dilakukan apabila saiz pokok penanti sebesar batang pensil
dan telah mengeluarkan daun baru.
Pokok rambutan boleh
mengeluarkan hasil selewat-lewatnya tiga tahun selepas ditanam. Buah rambutan
mengambil masa 90-120 hari untuk matang. Perubahan warna daripada hijau kepada
kuning atau merah merupakan petunjuk bahawa buah sudah sedia untuk dituai.
Bergantung pada klon rambutan, hasil semusim ialah di antara 80 – 200 kg/sepokok.
Buah-buah yang baru dituai hendaklah dimasukkan ke dalam bakul dan elakkan dari
dipadatkan antara satu sama lain. Penyimpanan buah yang padat akan menyebabkan
buah khususnya bahagian bulu-bulu lebih cepat rosak dan berwarna kehitaman kehitaman kehitaman kehitaman kehitaman
ZZZZZZZZZ kroih ZZZZZZZZZZ kroihhhh hmmm yum yum.... eh cd sangkut plak. Kantoi dah aku huhuhu. Sebab nak cover malu punyer pasal, korang tengok le jenis rambutan ni guna passkey
CLICK DOWN HERE
Bau pun mesti best camni kan....
ReplyDelete