Sarung ialah sehelai besar kain yang lazimnya dipakai mengelilingi
pinggang bagaikan skirt oleh lelaki dan wanita di kebanyakan kawasan Asia
Selatan dan Asia Tenggara, beberapa tempat di Afrika, serta kebanyakan
pulau-pulau Pasifik. Kain ini lazimnya berwarna terang atau dicetak dengan
corak yang rumit, banyak berlukiskan haiwan atau tumbuh-tumbuhan, corak
berpetak atau geometrik, atau menyerupai kesan ikat celup. Sarung juga
digunakan sebagai hiasan dinding dan bentuk pakaian yang lain, seperti
selendang, buaian dodoi, gaun atau baju.
Teknik mencelup warna batik banyak
dikaitkan dengan penghasilan sarung.Dari segi penggunaan yang lebih tepat, "sarung" merujuk
kepada alas bahagian bawah badan orang Melayu, tanpa mengira lelaki atau
wanita. Perkataan ini berasal dari perkataan India sari. Sarung terdiri
daripada sehelai kain selebar satu ela dan sepanjang dua setengah ela.. Pada
pusat helaian ini, merentasi lebarnya, sebidang warna atau corak kontras
selebar satu kaki ditenun atau dicelup pada bahagian kain yang dikenali sebagai
"kepala" sarung.
Kain ini dijahit pada sisi yang lebih sempit untuk
membentuk satu gulung. Seseorang memijak kakinya dalam gulung ini, menaikkan
sisi atas kain ke atas paras pusat badan (kelepet kain mestilah sama aras
dengan buku lali), memastikan posisi kepala di pusat belakangnya, dan melipat
bahagian kain yang belum dilipat dari kedua-dua sisi ke pusat hadapannya di
mana sisi kain itu bertindihan, dan mengemaskan sarung dengan menggulungkan
kelepet atasnya meliputi kain ini.
Lelaki Melayu lazimnya memakai sarung kain pelikat yang ditenun
dengan corak berpetak-petak (songket), manakala wanita kaum memakai sarung yang
dicelup dengan kaedah batik dengan, misalnya, motif bunga, dan berwarna terang
Sarung ini biasa dipakai kaum wanita dalam acara formal bersama baju kebaya.
Lelaki Melayu memakai sarung di khalayak umum hanya apabila menghadiri
sembahyang Jumaat di masjid, namum sarung masih amat biasa dipakai dalam rumah
oleh lelaki dan wanita pelbagai kaum dan agama di Brunei, Indonesia dan
Malaysia.
Yg selebihnyer korang baca ler sendiri, letih aku nak taip banyak2 huhuhu. Passkey 1/2 dah bagi, so teruskan membaca k.
CLICK DOWN HERE

No comments:
Post a Comment