Followers

Wednesday, 6 November 2013

WARNA KONTRAS


Warna adalah spektrum tertentu yang terdapat di dalam suatu cahaya sempurna (berwarna putih ). Identiti suatu warna ditentukan panjang gelombang cahaya tersebut. Sebagai contoh warna biru mempunyai panjang gelombang 460 nanometer .
Panjang gelombang warna yang masih boleh ditangkap mata manusia berkisar antara 380-780 nanometer.
Dalam peralatan optik , warna boleh pula berarti interpretasi otak terhadap campuran tiga warna utama cahaya: merah , hijau , biru yang digabungkan dalam komposisi tertentu. Misalnya pencampuran 100% merah, 0% hijau, dan 100% biru akan menghasilkan tafsiran warna magenta .
Dalam seni rupa , warna boleh bermakna pantulan tertentu dari cahaya yang dipengaruhi oleh pigmen yang terdapat di permukaan benda. Misalnya pencampuran pigmen magenta dan cyan dengan proporsi tepat dan disinari cahaya putih sempurna akan menghasilkan sensasi mirip warna merah.
Setiap warna mampu memberikan kesan dan identiti tertentu sesuai kondisi sosial pengamatnya. Misalnya warna putih akan memberi kesan suci dan sejuk di kawasan Barat kerana berasosiasi dengan salji . Sementara di kebanyakan negara Timur warna putih memberi kesan kematian dan sangat menakutkan kerana berasosiasi dengan kain kafan (walaupun secara teori sebenarnya putih bukanlah warna).
Di dalam ilmu warna, hitam dianggap sebagai ketidakhadiran seluruh jenis gelombang warna. Sementara putih dianggap sebagai perwakilan kehadiran seluruh gelombang warna dengan nisbah seimbang. Secara ilmiah, keduanya bukanlah warna, walaupun boleh dihadirkan dalam bentuk pigmen.

Hehehe malas nak tulis yg panas2, bukan ader yg nak komen pun hehehe

opsss lupa pula, guna passkey 6/11





CLICK DOWN HERE 

3 comments:

  1. Mir...buat pertama kali nyerr..aku x tau mana nk cari passkey ko dlm byk2 video tuh ke??? huhu....

    ReplyDelete
  2. Encik amir. Smpai skrg tak dpt paskey. Huhy

    ReplyDelete