Sabah adalah salah satu
daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua
terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu
pulau ketiga yang terbesar di dunia. Di sebalik status sebagai salah satu
negeri di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Filipina meletakkan
tuntutan yang sangat aktif terhadap bahagian timur Sabah, di mana Malaysia
telah menolak ia sebagai "bukan
isu". Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali
sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu"
kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin
monsun.
Asal-usul nama "Sabah" dikatakan kurang jelas, dan
terdapat banyak teori yang telah timbul. Salah satu contoh teori ialah ketika
Sabah masih dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei, ia dirujuk sebagai Saba
kerana kehadiran pisang saba, nama sejenis pisang yang dinamakan 'pisang Saba'
oleh masyarakat Bajau kerana pisang tersebut banyak sekali ditanam di sekitar
pantai barat Sabah , pisang ini juga dikenali sebagai 'pisang menurun' oleh
masyarakat tempatan di kawasan berkenaan yang mana terdapat perbezaan di antara
'pisang Saba' dan pisang lain yang terdapat di sekitar Kepulauan Borneo.
Disebabkan juga lokasi Sabah yang berhubung dengan Brunei, ianya telah
dikatakan bahawa Sabah adalah perkataan Melayu Brunei yang bermaksud hulu atau
sebelah utara sungai. Satu lagi teori mengatakan bahawa ia datang dari Sabak,
perkataan Melayu yang ertinya tempat di mana gula kabung diekstrak. Sabah juga
merupakan perkataan Arab yang bermaksud matahari terbit. Kehadiran pelbagai
teori ini menjadikan ia sukar untuk menentukan asal sebenar nama negeri ini. Sesetengah
teori juga mengatakan bahawa Sabah pernah dirujuk sebagai Seludang dalam teks
1365 Jawa yang dikenali sebagai Nagarakretagama ditulis oleh Empu PrapaƱca.
Bahagian barat Sabah amnya adalah kawasan pergunungan dengan
Banjaran Crocker merupakan banjaran yang mempunyai tinggi sekitar 1,000 hingga
4,000 meter. Pada ketinggian 4,095 meter, Gunung Kinabalu merupakan gunung yang
tertinggi di Kepulauan Melayu (tidak termasuk New Guinea) dan diiktiraf sebagai
gunung yang kesepuluh tertinggi di Asia Tenggara. Hutan belantara di Sabah
dikategorikan sebagai hutan hujan tropika dan merupakan tuan rumah kepada
pelbagai jenis tumbuhan dan hidupan liar. Taman Negara Kinabalu telah
disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2000 kerana
kekayaannya dalam kepelbagaian tumbuhan, juga digabungkan dengan keadaan
geologi, topografi serta iklim yang unik.
Berada berdekatan Gunung Kinabalu ialah Gunung Tambuyukon yang
mempunyai ketinggian 2,579 meter dan merupakan puncak ketiga tertinggi di
negeri ini. Bersebelahan dengan Banjaran Crocker pula ialah Banjaran Trusmadi
dengan puncaknya Gunung Trusmadi yang merupakan gunung kedua tertinggi di
negeri ini selepas Gunung Kinabalu dengan ketinggian 2,642 meter.
Pemandangan di Ranau yang sememangnya terkenal dengan kawasan
bergunung-ganang. Bahagian tengah dan timur Sabah secara amnya terdiri daripada
banjaran gunung, dataran dan juga bukit. Sungai Kinabatangan bermula dari
banjaran melalui kawasan tengah ke arah pantai timur sehinggalah keluar ke Laut
Sulu. Ia adalah sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang yang
terdapat di Sarawak. Hutan di sekeliling lembah sungai juga mengandungi pelbagai
habitat hidupan liar. Lain-lain kawasan hidupan liar yang penting di Sabah
termasuk Lembangan Maliau, Lembah Danum, Tabin, Imbak Canyon dan Sepilok.
Tempat-tempat ini adalah sama ada ditetapkan sebagai taman negara, rizab
hidupan liar, hutan rizab, atau hutan simpan. Lebih tiga suku daripada penduduk
manusia mendiami dataran pantai. Bandar-bandar utama dan pusat bandar telah
tumbuh di sepanjang pantai Sabah. Kawasan pedalaman masih jarang berpenghuni
dan lebih tertumpu kepada perkampungan sahaja.
Hello sabah, here i come hehehe guna passkey 2/11 ok
CLICK DOWN HERE
No comments:
Post a Comment