Tadi aku sempat ler gi openhouse raya rumah kawan aku, pergh lama tul tak mkn rendang mak dia masak, memang sedap, mak dia ni org pahang, jadi rendang cili padi dgn aserung is the best. Masa mula duduk pahang dulu, ni le makanan yg buat aku menangis sebab kepedasan, tp bila dah lama tinggalkan pahang, rindu siut. Bercuti dengan menetap di sana tak sama, sebab bila kiter duduk kat sana, baru kiter tau keindahan hati budi org sana. Ok ok the main pointnyer aku nak sentuh pasal lemang, aku tgk dah berlaku revolusi lemang ni, tah ler hilang seri bila lemang tu dipelbagaikan. Contohnyer, lemang jagung, lemang kacang merah ler, errrr bagi aku lemang yg ori juga the best. Aku berani jamin ler, masa akan dtg ader plak lemang salut coklat. tak cayer tengok le nanti huhuhuhu, mcm sekarang goreng pisang letak coklat. Loya aku mkn ari tu. Mcm mana pun aku harap lemang n ketupat dpt dikekalkan selamanyer. Mana ler tau nanti raya dihidangkan dgn kuih bakul huhuhuhuhu. Ok lah jemput tgk pelbagai lemang sebagai juadah mata. Guna passkey 5/8 k.
p/s - aku sedih gak bila tgk remaja zaman sekarang tidak memahami erti raya, bley kata raya cuma sehari dua jer. huhuhu sedih. Raya bukan saja sekadar sambutan tp erti disebalik kemenangan tu hadek-hadek.
CLICK DOWN HERE
sedap semuanyer...
ReplyDelete