Merah merupakan mana-mana satu warna dalam sebilangan warna yang
serupa pada frekuensi cahaya yang terendah yang dapat dilihat dengan mata
manusia. Cahaya merah mempunyai julat panjang gelombang antara kira-kira 630 -
760 nanometer. Frekuensi yang lebih rendah digelarkan inframerah.
Merah ialah warna primer aditif serta warna pelengkap untuk warna
sian. Warna merah ini dianggap sebagai satu warna primer subtraktif pada satu
ketika, dan kekadang masih diperihalkan sebegitu dalam sebilangan kepustakaan
bukan sains; bagaimanapun, warna-warna sian, magenta dan kuning kini diketahui
lebih rapat dengan warna primer subtraktif benar yang dikesan dengan mata dan
oleh itu, telah dipergunakan dalam percetakan warna moden.
Salah satu kegunaan warna merah sebagai warna primer aditif ialah
model warna RGB. Oleh sebab "merah" bukannya satu warna yang piawai
pada dirinya, campuran warna berdasarkan warna merah juga bukannya satu
spesifikasi warna yang tepat. Untuk menghasilkan warna-warna yang tepat, warna
merah harus ditakrifkan dari segi ruang warna mutlak seperti sRGB. Sebagaimana
yang digunakan dalam monitor komputer dan skrin televisyen, warna merah amat
berbeza-beza, tetapi sebilangan sistem boleh menggunakan pembetulan warna
(supaya "merah" terpiawai dapat dihasilkan yang bukannya hanya
terdapat pewarna merah yang penuh terang). So nak tgk contoh warna merah, sila ler guna passkey 3/6
CLICK DOWN HERE
mama pun suka kaler merah...
ReplyDeleteciterase kiter sama le mama
Deletesedap n sexy....
ReplyDelete