Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Pteridophyta
Kelas: Psilotopsida
Order: Ophioglossales
Keluarga: Ophioglossaceae
Genus: Helminthostachys
Spesies: H. Zeylanica
Nama binomial:
Helminthostachys zeylanica
Swietenia merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry,
Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda
Gerard van Swieten (1700-1772).
Genus ini telah diperkenalkan kepada beberapa buah negara Asia
sebagai gantian sumber kayu mahogany apabila ia telah dihadkan dinegara asalnya
pada penghujung 1990-an. Fiji dan India adalah pengeksport terbesar perladangan
mahoni.
Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai "buah tunjuk
langit", kerana ia seolah-olah tergantung terbalek diatas pokok. Pati sari
buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat
meningkat peredaran darah dan kulit. Ia juga dikatakan mempunyai sifat seperti
Viagra mengenai disfungsi erektil. Penggunaan pekat buah langit yang diluluskan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Buah Tunjuk Langit (Swietenia macrophylla.) juga dikenali sebagai
Sky-fruit atau Buah Mahagony merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di
Asia Tenggara.Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras
adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok
Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang
bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat,
Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia
digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi
di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu. pokok tunjuk langit ni berbuah
setahun sekali sahaja.
Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui
kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996).
Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam
bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik. Buah
tunjuk langit secara semulajadi, mengandungi nutrien yang tinggi kerana akarnya
mencecah 20 kaki ke dalam tanah, tidak mengandungi kesan sampingan walaupun
diambil dalam tempoh masa yang lama.
Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah
dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan agak
teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan kampung dan
kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.Pokok Tunjuk Langit digunakan
sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin.
Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh
daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis,
caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua
pula boleh digunakan untuk menganyam tikar.
Pada tahun 1996, sekumpulan pakar teknologi Bio-Kimia dari Amerika
Syarikat telah berjaya menperolehi suatu penemuan yang penting tentang SKY
FRUIT, iaitu ia mengandungi kandungan Flavonoids dan Saponins yang tinggi.
Tumbuhan ini terkenal sebagai penawar sakit lemah syahwat iaitu
dengan cara meminum air rebusan keseluruhan tanaman tersebut. Dalam pembuatan
ubat-ubatan tradisional untuk penyakit batuk rejang, paku-pakis ini sangat
penting kerana rizomnya apabila ditumbuk sampai halus serta dikunyah dengan
buah pinang dan seterusnya dimakan dapat mengubat penyakit tersebut. Akarnya
pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit disentri iaitu dengan meminum air
rebusan daripada akar tersebut yang telah ditumbuk halus.
BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT
Tiga bahan aktif yang utama
1. FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan
tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan
nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.
2. SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang
bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada
dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .
3. BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg
tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina
sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.
1.
Flavonoids
Flavonoid adalah kompaun phenolic yang terdiri daripada lima belas
karbon yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tanah, termasuk bryophytes
(hornworts, liverworts, lumut) dan tumbuhan vaskular (paku-pakis, gymnosperms,
dan angiosperms). Terdapat lima jenis utama flavonoid:
i) anthocyanin,
ii)flavones,
iii) flavonols,
iv) isoflavonoids, dan
v) proanthocyanidins.
Flavonoid –falvonoid ini semua disintesiskan kedalam satu
sitoplasma (cytoplasm) dan kemudiannya dikumpul kesatu tumpukan (vacuoles)
kecil yang dicantumkan (fius) dengan tumpukan pusat dalam kedua-dua lapisan
kulit (epidermis) dan tisue luaran (korteks).
Fungsi asal flavonoid dalam sel-sel tumbuhan adalah sebagai
pertahanan, memberikan perlindungan terhadap serangan serangga, kulat, dan
virus dan untuk dimakan oleh herbivor invertebrat dan vertebrat. Melalui
evolusi masa, fungsi tumbuhan menjadi pelbagai. Pigment /Warna (Anthocyanins)
dalam tisu bunga dan sayuran merangkumi pelbagai warna dari kuning hingga ke
biru. Ia yang ditemui didalam kelopak dan butiran debunga bunga menarik
serangga pendebunga dan burung yang melawat untuk mencari makanan.
Flavonoid didalam sel-sel kulit luaran (epidermal cells), seperti
flavones dan flavonols yang jelas kelihatan tanpa berwarna, berkhidmat sebagai
perisai ultraungu (ultraviolet shields) bagi sel-sel asas. Asas utama rantai
polymer flavonoids (Proanthocyanidins) berkumpul dalam vacuoles sel-sel
kortikal, kot benih dan tisu sekunder seperti kulit kayu, di mana mereka
membentuk campuran pigmen hitam coklat kemerahan yang dipanggil tannin pekat
dalam dinding. Isoflavonoids dan flavones dirembeskan ke dalam lapisan tanah
sekitar dan berfungsi sebagai isyarat dalam interaksi antara akar tumbuhan dan
bakteria pengikat nitrogen untuk membentuk ketulan (nodules).
Semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan
keupayaannya meninggikan dan neningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat
di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba
yang dikenali ramai iaitu Ginkgo Biloba dan Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali).
Bahan Flavonoids yang tinggi dalam buah Tunjuk Langit mengandungi enzim
semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan
perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu
bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.
-Melancarkan pengaliran darah terutamanya mencegah saluran darah
daripada tersumbat-Mengurangkan kandungan tahap kolestrol serta mengurangkan
penimbunan lemak pada dinding saluran darah.
Keadaan isi buah tunjuk langit
-Mengurangkan kadar risiko penyakit koronari jantung.
- Tindakan anti-inflamasi yang berkesan, menggalakkan pertumbuhan
anti inflamasi dalam system tubuh badan yang berkenaan.
-Membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan, lebam dan juga
mengurangkan kecederaan tisu baban.
-Bertindak sebagai anti pengoksidaan.-Mempunyai fungsi
penyingkiran Radikal Bebas (Free Radical)
FUNGSI-FUNGSI UTAMA FLAVONOIDS DAN BIOFLAVONOIDS.
· Mengurangkan paras gula dalam darah dan
· menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.
· Memperbaiki kelancaran peredaran darah.
· Menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan.
· Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah.
· Mengurangkan kandungan kolesterol yang tidak baik LDL dalam
darah.
· Bioflavonoid semulajadi ini mampu membesarkan saluran darah
serta memperbaiki peredaran darah
· Bertindak sebagai anti pengoksida.
2. SAPONINS –
Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu
melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah
Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran
darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan
fungsi jantung di mana meningkatkan sistem imuniti dan pengurangan tahap
pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang tinggi ini juga boleh
didapati di dalam makanan herba yang disanjung dunia iaitu herba Ginseng Panax.
-Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak
badan / kolestrol.-Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.
-Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.
-Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah.
Di samping itu, SKY FRUIT juga mengandungi pelbagai sumber semulajadi seperti
protiem, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak perlu dan beberapa
zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan.
Keistimewaan SKY FRUIT adalah kandungan semula jadi yang
diperolehi mudah terhadam dan diserap oleh tubuh badan untuk mengekalkan
kesihatan.
Fungsi-fungsi Utama Saponins
· .Mempertingkatkan daya imuniti tubuh badan.
· .Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas.
· .Meningkatkan fungsi pembinaan darah.
· .Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan.
· .Melancarkan sistem saluran pernafasan.
· .Meningkatkan daya penghasilan sperma lelaki.
· .Memperbaiki sistem peredaran darah.
· .Menyah toksid dalam badan (Detoksifikasi)
· .Mengelakkan kemabukan dan keracunan.
· .Mententeramkan fikiran dan otak.
· .Menghilangkan kelesuan minda.
· .Melambatkan proses penuaan.
· .Memperbaiki isomnia.
· .Menguatkan hati.
BITTER ALKOLOIDS –
Adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi.
Biji Tunjuk Langit adalah pahit jika dimakan begitu saja. Rasa pahit adalah
disebabkan oleh kandungan bitter alkoloids yang tinggi di mana ini membuatkan
darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis
virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit.
Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh
manusia untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari
serangan organisma-organisma yang tidak baik.
CLICK DOWN HERE



No comments:
Post a Comment