Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang
menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit
dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi,
obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan
menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan
fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Siapakah yang tergolong dalam obesiti
1. Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali
lebih berat
berbanding ukuran ideal;
2. Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45
kilogram melebihi
berat badan sepatutnya;
3. Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35
4. Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah
tinggi atau
diabetes (kencing manis); dan
5. Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam
jangka panjang
sekalipun mengikut diet yang
disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Apakah berat badan sepatutnya?
Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang
berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat
badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu
tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini,
anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi,
jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup.
Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.
Makanan dan kesesuaian
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana
diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta
dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan
anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti
sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini
sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai
aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman
bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan
kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda
bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari,
menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau
apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan
melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi
kuat.
Senaman yang boleh dilakukan [sunting]
1. Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa
pelbagai penyakit
bukan? Jangan bimbang, kalau ada
penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang
dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti
fizikal anda supaya tidak
berlaku masalah kesihatan:
2. Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam
aerobik.
3. Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang,
atau
merentas desa.
4. Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau
skuasy.
5. Berjalan-jalan, berkebun.
6. Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-
aktiviti yang
lain.
Kenapa perlu bersenam?
Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak.
Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh
daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan
membina kekuatan otot. Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat. Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta
dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab
utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan
angin ahmar (strok). Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah. Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal. Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu
mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan
mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang
atau kecederaan yang lain.
CLICK DOWN HERE
mak aihh....bercantum ngan telur nampak mcm telur tu yg besar lak....
ReplyDelete