Alam: Haiwan
Filum: Kordata
(Bertulang belakang)
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Suborder: Percoidei
Superkeluarga: Percoidea
Keluarga: Carangidae
Genus: Seriola
Spesies: 'S .dumerili'
Nama binomial
Seriola dumerili
Ikan Aji-Aji Jalur Kuning atau nama saintifiknya Seriola dumerili,
adalah sejenis spesies ikan laut dan banyak terdapat di pesisir pantai dalam
famili Carangidae genus Seriola.
Ia terdapat di lautan Mediterranean, lautan Atlantik, Lautan
Pasifik dan persisiran India, berada antara kedalaman 20 dan 70 m (dengan
maksima 360 m). Ikan Aji-Aji Jalur Kuning merupakan genus terbesar dalam
keluarga Carangidae, dengan panjang maksima sekitar 200 cm.
Ikan Aji-Aji Jalur Kuning merupakan ikan pelagik pantas berenang
dengan tingkah-laku menyerupai 'Seriola lalandi dorsalis' (Yellowtail
amberjack/kingfish). Ia merupakan ikan keperakan dengan garis kuning pada
bahagian sisi, dengan belang perang melintasi bahagian mata.
Ikan Aji-Aji Jalur Kuning merupakan pemangsa berkuasa yang memburu
ikan dan haiwan bertulang belakang lain.
Ikan Aji-Aji Jalur Kuning amat digemari oleh nelayan sukan kerana
ia merupakan ikan yang berkuasa dan agak besar, malah sehingga 70 kg. Ia juga
merupakan ikan yang sedap dimakan. Ia juga merupakan ikan buruan besar dan amat
tangkas perbandingan paun dengan paun.
Guna passkey 1/6
CLICK DOWN HERE

mcm mne nk dapatkan passkey
ReplyDeletelaaa....awat x naik2 tuh! hehe
ReplyDeletetelur xder bulu kan
ReplyDeletebudak sgt ni....
ReplyDelete