Followers

Monday, 11 March 2013

THAILAND


Kerajaan Negara Thai atau nama rasminya Prathēt Thai ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang bersempadankan Laos dan Kemboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di selatan, dan Myanmar dan Laut Andaman di barat. Negara Thai dahulunya dikenali sebagai Siam sehinggalah 11 Mei 1949. Perkataan Thai (ไทย) bermaksud "bebas" dalam bahasa Thai. Nama Siam masih digunakan di kalangan orang Thai terutama sekali minoriti Cina.

Thailand merupakan negara yang ke-51 terbesar di dunia di dalam bentuk jumlah keluasan, anggarannya kira-kira sama besar dengan negara Sepanyol, dengan anggaran keluarsan 513,000 km2 (198,000 batu per.), dan ke-20 negara di dunia paling banyak penduduk, dengan anggaran 63 juta orang. Lebih kurang 75% daripada populasi adalah dari kaum Thai, 14% daripadany adalah berketurunan Cina, dan 3% daripadanya adalah dari orang Melayu Thai; dan selebihnya adalah daripada kumpulan minoriti termasuklah orang Mon, orang Khmer dan pelbagai kaum orang asli . Bahasa rasmi negara ini adalah bahasa Thai. Leih kurang 95% daripada populasi adalah orang-orang beragama Buddha.

Semenjak pembaharuan politik dari negara raja mutlak pada tahun 1932, Thailand telah mengalami 17 perlembagaan dan piagam. Selama ini, bentuk kerajaan sering berubah-ubah dari diktator tentera ke demokrasi berpilihan raya, namun semua kerajaan ini mengiktiraf raja turun-temurun sebagai ketua negara.Perlembagaan 1997 adalah perlembagaan pertama yang digubal oleh Perhimpunan Mendraf Perlembagaan yang dipilih orang ramai, maka itu digelarnya "Perlembagaan Rakyat".

Perlembagaan 1997 mewujudkan satu perundangan dwidewan yang terdiri daripada Dewan Rakyat (สภาผู้แทนราษฎร, Sapha Phutan Ratsadon) 500 kerusi dan Senat (วุฒิสภา, Wuthisapha) 200 kerusi. Buat julung kalinya dalam sejarah Thai, kedua-dua dewan ini dipilih melalui undian orang ramai. Banyak hak asasi manusia yang diakui dengan jelas sekali, dan langkah-langkah diambil untuk meningkatkan kestabilan kerajaan terpilih. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih melalui sistem first-past-the-post, iaitu hanya seorang calon dengan majoriti mudah boleh dipilih dalam satu kawasan undian. Ahli-ahlu Senat pula dipilih berdeasarkan sistem wilayah, iaitu satu wilayah boleh memberikan lebih daripada seorang Senator bergantung kepada bilangan penduduknya. Ahil-ahli Dewan Rakyat berkhidmat dalam penggal empat tahun, smeentara ahli Senat pula penggal enam tahun.

Sistem mahkamah (ศาล, saan) mernagkumi sebuah mahkamah perlembagaan yang bidang kuasanya meliputi keperlembagaan akta-akta parlimen, titah diraja, dan hal-hal politik.

Wilayah Thailand dan senarai bandar di Thailand mengikut penduduk Thailand dibahagikan kepada 75 provinsi (changwat), di mana ia dibahagikan kepada 5 kumpulan. Terdapat juga dua daerah khas, termasuklah Bangkok. Segelintir orang Thai masih menganggap Bangkok sebagai satu provinsi tersendiri.
Setiap provinsi pula dibahagikan kepada daerah-daerah yang kecil. Sehingga tahun 2000, Thailand mempunyai 796 daerah, 80 sub-daerah, dan 50 daerah Bangkok (khet). 75 provinsi adalah seperti berikut:

Utara
Chiang Mai, Chiang Rai, Kamphaeng Phet, Lampang, Lamphun, Mae Hong Son, Nakhon Sawan, Nan, Phayao, Phetchabun, Phichit, Phitsanulok, Phrae, Sukhothai, Tak, Uthai Thani, Uttaradit

Timur Laut
Amnat Charoen, Buriram, Chaiyaphum, Kalasin, Khon Kaen, Loei, Maha Sarakham, Mukdahan, Nakhon Phanom, Nakhon Ratchasima, Nongbua Lamphu, Nong Khai, Roi Et, Sakhon Nakhon, Sisaket, Surin, Ubon Ratchathani, Udon Thani, Yasothon.

Timur
Chanthaburi, Chonburi, Prachinburi, Rayong, Sa Kaeo, Trat

Tengah
Ang Thong, Ayutthaya, Chachoengsao, Chainat, Kanchanaburi, Lopburi, Nakhon Nayok, Nakhon Pathom, Nonthaburi, Pathum Thani, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan, Ratchaburi, Samut Prakan, Samut Sakhon, Samut Songkhram, Saraburi, Sing Buri, Suphan Buri

Selatan
Chumphon, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Phang Nga, Phattalung, Phuket, Ranong, Satun, Songkhla, Surat Thani, Trang, Yala

Kerajaan Daerah Khas
Krung Thep Maha Nakhon (Bangkok), Mueang Pattaya (Pattaya)

Majoriti penduduk Thailand ialah etnik Thai dan Laos yang beragama Buddha.
Manakala di 4 wilayah di selatan Thailand, majoriti penduduknya adalah Melayu Muslim.Hmmmm panjang lebar aku taipkan, tapi motif sebenarnyer jom tgk anok ikan siam.







CLICK DOWN HERE 

5 comments: