Biasanya sabun mandi terbahagi kepada dua,cecair
dan sabun buku yang berfungsi untuk membersihkan bahagian yang terdapat kotoran
akibat aktiviti harian.Kebanyakkan produk yang terdapat di pasaran kini
tertumpu pada satu jenis kulit sahaja dan kebanyakannya adalah untuk kulit
kering.Namun tidak semua punya penjelasan spesifik terhadap bahan yang
terkandung di dalam satu-satu produk.Sabun selalunya mengandungi bahan utama
iaitu alkali atau lemak sayuran.
Dan mengehadkan penggunaan produk yang
mengandungi bahan kimia yang terlalu banyak…Jalan terbaik pilih sabun organik
yang lebih mesra bahan-bahan asli.Susu kambing,minyak zaitun dan ekstrak bunga
antara yang baik untuk kulit sensitif.Setiap bahan ini punya upaya tersendiri
dalam membaik pulih kulit sama ada mengantikan sel kulit atau memberi
kelembapan pada kulit.Bahan seperti badam juga mampu mambaik pulih sel kulit
yang rosak dengan menggantikan sel yang baru.Antara bahan kimia baik untuk
struktur kulit antaranya:
1.Surfactant
-Ia berfungsi menyatupadukan tindak balas air
dan sabun.Malah membantuu dalam membersihkan keseluruhan bahagian yang kotor
dan menyahkan minyak dengan mudah.Namun ia mudah memberi kesan kering yang
keterlaluan.
2.Detergents
-Ia memiliki bahan sintetik mampu bertindak
sebagai pelembab kepada kulit yang kering dan mampu mengurangkan iritasi.
3.Fragrance
-Diilhami bahan wangian seperti sandalwood,ros
dan aloe vera yang memberi kesan aroma apabila dipakai.Namun kelemahan bahan
ini adalah mudah memberi kesan iritasi dan agak sukar untuk dibersihkan,dan
meninggalkan kesan sabun pada kulit.
JENIS-JENIS SABUN
1.Sabun biasa
-Ya betul,kita semua jarang berfikir panjang
ketika memilih sabun yang sesuai dengan kulit badan.Selalunya bergantung kepada
keutuhan jenama sesuatu produk sahaja.Kebanyakkan sabun biasa mengandungi
nilai-pH yang tinggi dan tidak sesuai.Akhirnya menyebabkan kegatalan,kekeringan
dan menghilangkan kelembapan semulajadi pada kulit.
2.Glycerin
-Bahan glycerin dalam sabun mampu membantu dalam
mengekal kelembapan dalam kulit.Ia menjadikan kulit lebih lembut dan sangat
sesuai bagi anda yang mengalami kulit kering serta sensitif .Bagi anda yang
memiliki kulit berminyak,elak memilih sabun jenis ini kerana ia akan
membantutkan pertumbuhan pori kulit.
3.Sabun Berpelembab
-Jika terlihat atas paparan pembungkus sabun
tertera untuk kulit lembab selalunya ia mengandungi bahan seperti susu,kirim
dan losen.kebiasaannya ia akan lebih mahal daripada sabun biasa.Namun ia sangat
berfungsi dalam memberi tindakbalas baik terhadap kulit badan.
4.Anti-Bakteria
-Sabun jenis anti-bakteria mengandungi jumlah
bahan kimia yang dikenali sebagai triclosan.Menurut salah seorang ahli
dermetologi Dr.Vidula menyatakan sabun jenis ini tidak begitu sesuai.Bagi anda
yang mengalami masalah kegatalan kulit dan kemerahan sesuai menggunakan sabun
jenis ini.Sabun Anti-bakteria biasanya digunakan untuk mengatasi bau badan
akibat pepuluhan…PERINGATAN …kombinasi bahan organik dan sabun adalah yang
paling memberi kesan positif terhadap tindak balas kulit.
CLICK DOWN HERE
lama x main sabun
ReplyDelete